Kampung Baru Pelawan adalah sebuah kampung kecil yang
terletak di kawasan Langkap dan penduduk-penduduk di kampung ini ialah terdiri
daripada orang-orang Cina. Walaupun
penduduk-penduduk di kampung ini tidak ramai dan kebanyakan daripada mereka
adalah berkolar biru, tetapi mereka mempunyai semangat keturunan atau tradition
kaum Cina yang baik. Mereka telah
bertungkus-lumus dalam usaha mendirikan sekolah ini untuk mendidik pemuda yang
menjadi tiang negara pada masa yang akan datang. Sekolah ini didirikan pada masa penempatan
semula penduduk-penduduk di adakan iaitu lebih kurang 42 tahun dahulu, iaitu
pada tahun 1950. Dengan sokongan dan
galakan pihak kerajaan dan kerjasama antara penduduk-penduduk kampung pada masa
itu, sebuah sekolah yang berlengkap dengan kemudahan-kemudahan dapat
ditubuhkan. Pada waktu itu, Encik Teoh
Mah Teik telah dilantik menjadi Pengerusi Lembaga Pengurus Sekolah. Sementara Encik Chai Choo menjadi Guru Besar
dan isteri beliau menjadi Penolong Kanan dengan pendaftaran seramai 40 orang
murid.
Dalam
tahun 1952, Encik Ooi Lay Hoon pula menggantikan tempat Guru Besar dengan
pendaftaran murid-murid hampir-hampir meningkat 100 orang. Pada bulan Mac 1953, pihak pemerintah
bekerjasama dengan MCA menjalankan satu projek untuk membina lagi dua bilik
darjah, sebuah pejabat serta sebuah kutubkhanah. Projek ini memerlukan perbelanjaan sebanyak
RM 11,700.00. Pada 2hb. Jun, 1953
sekolah ini dirasmikan pembukaannya oleh Tuan Pegawai jajahan Teluk Intan. Penyusunan semula ahli-ahli Lembaga Pengurus
pun diadakan. Pengurus
sementara Encik Loh Tong menjadi
Bendahari.
Pada bulan Mei, 1954, Encik Moo Yee Hang pula
menggantikan tempat Guru Besar dan pada
waktu pentadbiran beliau, sekolah ini dikenali sebagai ‘ Pelawan New
Village School’.
Pada bulan April 1957, satu projek memperbaiki
kerosakan-kerosakan sekolah telah dilaksanakan dengan perbelanjaan sebanyak RM
1,650.00. Pihak pemerintah menyumbangkan sebanyak RM
1,500.00 sementara yang bakinya dibayar dengan derma.
Dalam
tahun 1959, perubahan besar berlaku dalam Ahli-Ahli Jawatan Kuasa Sekolah. Tiga orang wakil ibubapa, Pemegang Amanah,
Murid-Murid Tua, Penyokong dan Pemerintah telah menganggotai Jawatan Kuasa
tersebut. Pada tahun 1960, Darjah Enam
telah dibentuk manakala pendaftaran murid-murid telah meningkat ke angka 130
orang.
Pada
bulan Januari, 1962 Encik Lok Jin menjadi Guru Besar, dan dalam masa itu juga
nama sekolah ini bertukar sekali lagi, yang akhirnya dikenali sebagai “ Pelawan
National Type Primaru (Chinese) School”.
Dalam masa pentadbiran beliau, seorang lagi guru kanan Pemerintah telah
menjadi jumlah guru empat orang semuanya.
Dalam tahun 1964, Pemerintah telah memberi wang sebanyak RM 5,500.00
untuk menyediakan perabot-perabot baharu, memperbaiki kerosakan-kerosakan dan
juga memagari kawasan sekolah. Projek
tersebut telah siap dalam bulan Oltober, 1964.
Sejak itu pentadbiran sekolah dapat dijalankan dengan licin.
Dalam
tahun 1966 iaitu pada awal tahun ini dengan persetujuan Tuan Pengarah Pelajaran
Perak, Encik Kok Chin Yen telah dilantik menjadi Guru Besar bagi menggantikan
tempat Encik Ong Lok Jin.
Pada
28hb. Mac, 1967 dengan tidak disangka-sangka, salah sebuah daripada bangunan
sekolah ini telah dimusnahkan oleh ribut kencang. Kejadian tersebut dengan serta merta telah
dilaporkan kepada pihak Jemaah Lembaga Pengurus dan Tuan Pengarah Pelajaran
Perak. Setelah laporan itu diterima
pihak Pengarah Pelajaran Perak telah mengutuskan seorang Jurutera datang
menyiasat kejadian tersebut. Menurut
laporan yang dibuat oleh Jurutera, maka Tuan Pengarah Pelajaran Perak telah
bersetuju membina sebuah bangunan baharu yang mengandungi dua buah bilik darjah
dan sebuah Pejabat untuk menggantikan bangunan yang musnah itu. Sebelumnya bangunan baharu di siapkan, setengah
daripada murid-murid terpaksa ditempatkan di Dewan Orang Ramai Pelawan.
Pada
bulan Mei, 1968 sebuah bangunan baharu yang mengandungi dua bilik darjah dan
sebuah pejabat telah siap dibinakan dengan sumbangan wang dari Kementerian
Pelajaran. Dengan terbinanya bangunan
ini, pihak Guru Besar dapatlah menjalankan tugas pentadbiran sekolah ini dengan
bertambah licin dan teratur.
Pada
1hb. Februari, 1978 Encik Chen Chow Yoon telah dilantik menjadi Guru Besar di
sekolah ini. Tetapi
tidak lama kemudian, iaitu pada 1hb. Julai , 1979 Encik Chan Su Lim telah
diarah oleh Tuan Pengarah Pelajaran Perak untuk memegang jawatan Guru Besar
sekolah ini dengan pendaftaran murid-murid seramai 110 orang.
Pada bulan Ogos 1978, semua guru telah bekerjasama
melukis sebuah
‘ mural’
atau lukisan dinding di bangunan baru di depan sekolah demi mengalu-alukan
kedatangan lebih 80 orang ahli-ahli Rombongan Lawatan dari Persatuan
Perkembangan Sekolah Rendah Cina dari Hilir Perak. Pada 8hb. Oktober, 1978 apabila mereka
menjejak kaki ke sekolah ini, mereka bukan sahaja tertarik hati terhadap `
mural ’ yang sungguh menarik tetapi juga sangat menikmati permainan Pancaragam
yang terdiri daripada seramai 44 orang murid-murid. Selepas itu, pihak sekolah menjemput Encik
Chai You Mok dan Encik Lau Fatt Kuen untuk menanam pokok-pokok sebagai
kenangannya.
Seminggu
kemudian sekolah ini mengadakan Temasya Sukan Tahunan ke – 2. Pihak sekolah telah mempersilakan Encik Lau
Fatt Kuen untuk merasmikan upacara sukan tersebut. Penyelia sekolah-sekolah Cina Encik Wong Ng
Cheong serta bekas Guru Besar Encik Kok Chin Yen dan Encik Chen Chow Yoon juga
di jemput menghadiri Temasya Sukan ini.
Pada
28hb. Ogos, 1979 Menteri Perumahan dan Pembangunan Luar Bandar, Yang Berhormat
Datuk Michael Chen telah membuat satu lawatan rasmi ke Daerah Langkap. Sekolah kami tidak diasingkan dan kami merasa
sangat bangga kerana dapat termasuk rancangan
lawatanya. Bersama-sama ini pihak
Lembaga Pengurus Sekolah, PIBG, guru-guru, murid-murid serta pancaragam sekolah
telah memberi sumbangan dan sambutan yang hangat kepada Yang Berhormat.
Beliau juga dijemput untuk menanam pokok di sekolah sebagai kenangannya.
Pada
ketika itu, pihak sekolah menyampaikan memorandam kepada beliau demi meminta
bantuan wang bagi perkembangan sekolah.
Pada majlis malam itu, beliau mengisytiharkan untuk memberi bantuan wang
sebanyak RM 15,280.00. Sebahagian wang
bantuannya iaitu RM 7,.280.00 diperuntukkan untuk memperbaiki pagar, manakala
bakinya RM 8,000.00 diperuntukan untuk membina Perpustakaan Sekolah.
Dengan
usaha kerajaan dan wang dari orang ramai, perpustakaan sekolah kami telah pun
siap dibina dengan menelan perbelanjaan sebanyak RM 26,000.00. Dengan adanya perpustakaan yang serbaguna ini
akan memberi faedah yang besar untuk menampung kekurangan dalam proses
perbelanjaan dan seterusnya meninggikan taraf pendidikan anak-anak kita.
Baru-baru
ini, dengan usaha ahli Dewan Undangan Negeri dan ahli Dewan Parlimen Daerah
ini, Sekolah kami telah mendapat peruntukan wang sebanyak RM 4,000.00 untuk
digunakan membeli buku-buku bacaan, perabut-perabut dan membiayai perbelanjaan
perpustakaan sekolah.
Pada
1hb. September, pihak Jabatan Pelajaran Perak telah melantik Encik Ling Kong
Ang memegang jawatan Guru Besar sekolah ini menggantikan Encik Chan Su Lim yang
telah dilantik untuk menjadi Guru Besar di Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan (C)
Benbam, Batu Gajah.
Pada
akhir tahun 1982, sekolah ini mendapat peruntukan bantuan wang sebanyak RM
2,000.00 daripada Yang Berhormat Encik Mohd Yusof bin Madin AMN, AMP Ahli Dewan
Undangan Negeri Kawasan Sungai Manik untuk membekalkan perabut-perabut yang
sangat di peruntukan bagi Perpustakaan Sekolah ini.
Dalam
Rancangan Lima Tahun Yang Keempat, sekolah kami telah mendapat peruntukan wang
sebanyak RM 310,000.00 untuk membina sebuah bangunan dua tingkat yang
moden. Projek ini telah diselesaikan
pada akhir tahun 1982 dan digunakan pada awal tahun 1983.
Pada
21.4.1987 Encik Wong Pen telah dilantik menjadi Guru Besar untuk menggantikan
Encik Ling Kong Ang yang dapat bertukar ke SRJK (C) Yen Min, Bagan Pancor,
Perak.
Pada
bulan Ogos, 1987 pihak sekolah telah mendapat bantuan wang sebanyak RM 1,000.00
dari YB Encik Mohd Nazri bin Haji Abdul Rahim, PCM, PPN, PJK, untuk membeli
sebuah Mini Kompo, sebuah Hoaster dan Mike FM.
Pada
bulan Ogos, 1988, diperolehi bantuan wang lagi sebanyak RM 1,200.00 dari YB
Timbalan Menteri Dalam Negeri Malaysia, Dato’ Haji Megat Junid bin Megat Ayob,
DPCM, AMP,AMK, bagi memasang sebuah Takung Besi Saluran Air di depan bumbung
bangunan sekolah baru kami. Pada bulan
Disember, 1988 pula, suatu peruntukan wang diperolehi lagi sebanyak RM 1,500.00
dari YB Menteri Besar Negeri Perak Darul Ridzuan untuk memasang satu set P.A
sistem di tiap-tiap bilik darjah.
Pada
bulan Mei, 1988 suatu usaha mencantikkan sekolah diadakan dengan usaha sama
dari kedua-kedua pihak PIBG dan Lembaga Pengurus Sekolah. Sebanyak 19 batang pokok besar yang bahaya
dan yang tertumbuh di tepi pagar sekolah telah ditebang dan kawasan pagar yang
dipenuhi dengan semak-samun dibersihkan.
Pada
16.5.1989 Encik Wong Pen ditukarkan ke SRJK(C) Phooi Yong, Teluk Intan dan
jawatannya diisi oleh Encik Chai Min Yoon.
Pada tahun 1989, sekolah ini telah mendapat peruntukan sebanyak RM
2,000.00 daripada Y.B Timbalan Menteri Dalam Negeri merangkap Ahli Parlimen
bagi Kawasan Pasir Salak untuk membina gelanggang badminton manakala Y.B Dato’
Haji Mohd Nazri bin Haji Abdul Rahim, ADUN bagi Kawasan Sungai Manik telah
meluluskan peruntukan sebanyak RM 2,000.00 juga kepada sekolah ini untuk
membina Bilik Ping Pong. Pada
26.10.1989, sekolah ini telah mengadakan Malam Ibubapa buat kali yang pertama
sejak sekolah ini ditubuhkan. Pada malam
itu pelbagai jenis persembahan seperti tarian, lakonan, nyanyian dan
persembahan pasukan pancaragam sekolah telah diadakan dan pihak sekolah ini
berjaya mengutip derma sebanyak RM 2,000.00 bagi tujuan membuat pakaian seragam
untuk pasukan pancaragam sekolah dan pasukan tarian tradisional sekolah.
Pada
tahun 1990, sekolah ini telah merancang beberapa aktiviti untuk merayakan
Perayaan Ulangtahun Sekolah yang ke – 40.
Sempena perayaan itu, aktiviti-aktiviti seperti Hari Ibubapa, Hari
Murid-Murid Tua dan merentas Desa telah diadakan seminggu sebelum Hari Perayaan
Ulang Tahun Sekolah tiba.
Pada
8.6.1990 satu acara kemuncak telah diadakan, iaitu Majlis Makan malam mengutip Tabung Sekolah telah diadakan di
Dewan Tokong Tempatan. Diantara para
jemputan khas yang menghadiri majlis makan malam itu ialah Y.B Menteri
Pengangkutan Malaysia, Dato’ Dr. Ling Liang Sik, Ahli Exco Negeri Perak, Y.B
Dato’ Ong Ka Chuan dan Dato’ Song Yong Phiaw serta wakil-wakil sekolah dari
seluruh Daerah Hilir Perak. Pada malam
yang meriah dan bersejarah itu, sekolah ini berjaya mengutip derma sebanyak RM
2,000.00 bagi menambah tabung sekolah ini.
Pada
tahun 1990 pula, sekolah ini telah mendapat peruntukan-peruntukan sebanyak RM
27,000.00 daripada Y.A.B, Y.B. Ahli Parlimen dan Y.B. ADUN serta Ahli-Ahli Exco
Negeri Perak bagi tujuan melaksanakan projek-projek kecil di sekolah ini
seperti berikut :-
i)
Peruntukan
Y.A.B Perdana Menteri Malaysia – RM 6,000.00 bagi mencantikkan kawasan sekolah,
memasang bekalan elektrik di pusat-pusat sumber sekolah;
ii)
Peruntukan Y.B Menteri Pengangkutan Malaysia –RM
10,000
Bagi
memperbaiki bangunan sekolah ;
iii)
Peruntukan
Exco Negeri Y.B. Dato’ Ong Ka Chuan – RM 5,000.00 bagi membina bangunan
tambahan kantin sekolah.
iv)
Peruntukan
Y.A.B Menteri Besar Perak – RM 3,000.00 bagi
Membeli
alat-alat muzik pasukan pancaragam sekolah;
v)
Peruntukan
Y.B. Timbalan Menteri Dalam Negeri Malaysia – RM 2,000.00 bagi membeli T.V.
Warna, Rakaman Video dan Meja Ping Pong dan RM 1,000.00 lagi sebagai tabung
sekolah.
Pada
tahun 1991 sekolah ini telah diluluskan untuk menjadi pusat pelaksaan program
pendidikan prasekolah oleh Kementerian Malaysia dan satu bangunan khas Kelas
Prasekolah telah dibina bagi tujuan tersebut.
Bangunan khas itu berbelanjakan RM 20,000.00 (Pihak sekolah ini telah
menyumbang RM 5,000.00). Pada tahun ini
juga sekolah ini telah menerima peruntukan sebanyak RM 1,500.00 daripada Y.B
Timbalan Menteri Dalam Negeri Malaysia bagi membeli sebuah mesin memotong
rumput yang baru. Selain daripada itu,
satu peruntukan yang berjumlah RM 2,000.00 juga diperolehi daripada Menteri
Kesihatan Malaysia, Y.B Dato’ Lee Kim Sai bagi tujuan membeli alat-alat muzik
pasukan pancaragam sekolah.
Pada
tahun 1992, sebuah Kelas Pendidikan Prasekolah telahpun dibuka mulai 6.1.1992
dengan keramaian kanak-kanak seramai dua puluh orang. Seorang guru telah diperuntukan sebagai Guru
Kelas dan dibantu oleh seorang pengasuh kanak-kanak. Sebuah bilik darjah yang baru telah siap
dibina. Alat-alat permainan seperti
jongkang-jongkit, papan gelunsor, buaian, papan timbang, pondok dan lain-lain
dibina oleh Jabatan Pendidikan Perak.
Pada
bulan Disember 1992, sekolah ini telah mendapat peruntukan sebanyak RM 4,000.00
daripada Y.A.B Menteri Besar Negeri Perak Darul Ridzuan dengan tujuan membeli
satu set komputer yang terbaru. Dengan
pemberian peruntukan ini nescaya pentadbiran sekolah ini dapat dijalankan dengan
lebih licin, teratur dan kemaskini.
Pada 16.5.1993 En. Chai Min Yoon telah ditukar ke SRJK(C)
Chui Chak, Langkap sebagai Guru Besar dan En. Wong Kok Lee, Penolong Kanan 1
dari SRJK(C) Phooi Yong, Teluk Intan telah ditukarkan ke sekolah ini untuk
menggantikan tempat kosong itu.
Pada
tahun 1995, kantin sekolah dinaikkantaraf dengan peruntukan RM 50,000.00
daripada Kementerian Pendidikan.
Pada
Tahun 1996, kerja penyelenggaraan untuk membina makmal sains menggantikan
asbestos bumbung, pagar dan pintu bilik darjah dijalankan dengan peruntukan
daripada Jabatan Pendidikan Negeri Perak.
Pada
tahun 1997, program pembelajaran Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris berpandukan
komputer dijalankan dengan bantuan 8 buah komputer yang disumbangkan derma oleh
Kementerian Kerajaan Tempatan dan Perumahan, Lembaga Pengurus, PIBG, Tokong Kg.
Pelawan dan Ibubapa.
Pada tahun 1999, sekolah ini telah mendapat peruntukan
sebanyak RM 28,700.00 daripada Kementerian Pendidikan untuk membina sebuah
bilik Pusat Sumber. Pada tahun itu pula,
kerja penyelenggaraan peralatan permainan Prasekolah di jalankan.
Pada 29.10.2000, Pihak sekolah, Lembaga Pengurus dan PIBG
mengadakan Malam Amal bertempat di Dewan SJK(C) Wah Keow, Langkap untuk
menyambut Perayaan Ulangtahun ke – 50. Aktiviti itu telah memungut
derma sebanyak RM 78,000.00 untuk melaksanakan projek sekolah Bestari. Dalam projek itu Program Komputer Dalam
Pendidikan yang sedia ada akan dikemaskinikan, bilik komputer juga akan
dinaiktarafkan. Disamping itu,
pengurusan hal ehwal murid, pusat sumber dan penyusunan jadual waktu juga akan
dikendalikan melalui komputer-komputer yang berangkaian, demi tujuan
meningkatkan kecekapan pentadbiran di samping menjimatkan masa dan tenaga.
Pada
Disember tahun 2000, kerja penyelenggaraan untuk menggantikan 8 buah tangki
air, bumbung reput dijalankan dengan peruntukan RM 13,180.00 daripada JPN
Perak.
Pada
16.12.2000 En. Wong Kok Lee di tukar ke SJK(C) Chui Chak, Langkap sebagai Guru
Besar dan En. Tan Kim Weng Guru Besar SJK(C) Chong San, Sungai Burung, Bagan
Datoh, telah mengambil alih jawatan itu.
Pada Disember 2001 telah mendapat peruntukan sebanyak RM
48,5873.80 untuk penyelenggaraan dan menaiktaraf bangunan seperti menukar pintu
bilik darjah, mengecat, menggantikan cermin tingkap.
Pada Disember 2003 telah mendapat peruntukan untuk
menaiktaraf bangunan Prasekolah, seperti mentilekan bilik darjah, dapur,
mengatapkan jalan yang menyambungkan bilik Prasekolah.
Pada 16.03.2005 En. Tan Kim Weng ditukarkan ke SJK(C)
Kampong Coldstream, Bidor sebagai Guru Besar dan Pn. Tan Woo Eng @ Tan Ngo Eng
Penolong Kanan Pentadbiran SJK(C) Chong Min, Teluk Intan telah mengambil alih
jawatan sebagai Guru Besar.
Semasa cuti sekolah, pada bulan Disember 2005, bumbung
bangunan lama telah pecah. Siling bilik
Tahun 2 yang mengandungi tahi kelawar jatuh ke lantai. Didapati seluruh siling bangunan lama telah
dipenuhi dengan tahi kelawar. Oleh
kerana perkara ini bukan urusan Bahagian Pembangunan Sekolah, kami diberitahu
adalah tanggungan sekolah sendiri atau dapat pertolongan daripada PIBG dan
Lembaga Pengurus sekolah. Perkara ini
ditangguhkan. Unit Pembangunan Sekolah
di PDD bersetuju membaiki dan menyelenggaraan kerosakan bumbung dan atap yang
perlu digantikan. Peruntukan sebanyak RM
1670.00 dapat diperolehi untuk penyelenggaraan tersebut.
Pihak sekolah dibekalkan 8 buah komputer dengan sistem
Network. Pihak sekolah dinasihat
menambah suis dan saluran elektrik yang lebih sesuai dengan tambahan computer
tersebut. Pengerusi pengurus bersetuju mengubahsuaikan suis yang diperlu serta
segala suis yang perlu diganti pada bulan Oktober 2005. Saluran paip air sekolah telah digantikan
dengan paip PVC atas permintaan Guru Besar.
Pada bulan Jun 2006, Prasekolah telah dapat peruntukan RM
12,990.00 untuk menaiktaraf kemudahan Prasekolah. Longkang-longkang yang rosak dapat
dibaiki. Sepanjang kiri dan kanan tangga
alat permainan gelongsor dipasangkan besi bulat. Paip air prasekolah dapat diubahsuai dengan
PVC ¾¨. Pondok bacaan/rehat dibaiki
dengan jenis konkrit. Alat permainan
buaian jenis fiber-glass untuk 2 orang
dibekalkan. Kolam sains dipasangkan
dengan pagar baru jenis besi.
Pada bulan Jun 2006, prasekolah dibekalkan dengan sebuah
buaian jenis fiber-glass untuk 2 orang daripada kerajaan.
Pada bulan Oktober 2006, pihak sekolah telah memohon
peruntukan bagi senggara/ubahsuai naiktaraf sekolah untuk bajet mengurus 2007
dengan sebanyak RM 27860.00. Skop kerja
adalah membaiki tandas, mengganti sebahagian bumbung yong bocor, mengganti
pagar yang telah rosak, membina sebuah bilik darjah dengan menggunakan ruangan
bermain ping-pong, mentilekan bilik Guru Besar, pejabat dan bilik guru dengan “batu
Italy” “8 x8”.
Pada 10.11.06, sekolah telah mengadakan malam persembahan
sempena perayaan Hari Kanak-kanak dan Perpisahan Murid Tahun 6. Dengan kerjasama semua kakitangan, semua guru
sekolah serta Penubuhan Wanita Kampung Pelawan, persembahan tarian, lakonan,
nyanyian serta silap mata yang sungguh menarik.
Pada 10.12.2006 Pn. Tan Woo Eng @ Tan Ngo Eng genap 56
tahun dan bersara wajib. Tempat beliau
digantikan oleh Pn. Ong Siw huwa Penolong Kanan 1 SJK(C) Chui Chak
Langkap. Beliau mula bertugas pada
11.12.2006.